>

About This Blog

Assalammualaikum W.B.T,

Blog ini diwujudkan untuk perkongsian bersama teman-teman di alam maya. Menulis dan mengarang bukanlah 'forte' diri ini tetapi apa yang saya paparkan di ruangan Bila Wanita Berbicara ini adalah berdasarkan pengalaman dan pendapat , pengamatan diri ini terhadap apa jua keadaan. Mungkin apa yang dikongsikan ini tidak seberapa tetapi ia amat berharga untuk saya sebagai hamba Allah, isteri, ibu dan anak. Insyallah dapat dijadikan rujukan keluarga di kemudian hari.

Saya bermula dengan sebuah blog beberapa tahun yang lalu tetapi ditinggalkan sepi begitu saja.  Tiada mood kononnya.  Kemudian terfikir untuk merakamkan resepi-resepi yang hendak dimasak sepanjang bulan puasa tahun 2012, maka lahirlah My Recipe Cottage dimana saya cuba memasak resepi-resepi yang berlainan.

Saya masih tercari-cari apa sebenarnya yang saya ingin kongsikan di ruangan ini.  Tidak mahu blog resepi menjadi rojak dengan mencampurkan posting-posting yang tiada kaitan dengan masakan, maka lahirlah sebuah lagi blog yang dinamakan Bila Wanita Berbicara. Entah betul atau tidak tindakan saya ini. Tak apalah, saya cuba.  Jika itu yang terbaik untuk saya, maka blog ini akan berterusan, Insyallah.

Semoga apa yang dikongsikan ini akan memberi manfaat kepada semua yang sudi menjengah blog ini. Mohon kemaafan jika apa yang dikongsikan ini menjentik hati anda, tiada niat sebenarnya. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan yang kurang adalah dari saya sendiri.

Saya berharap agar sesiapa yang sudi menjengah dan membaca coretan di blog ini dapat meninggalkan komen untuk saya memperbaiki kelemahan di arena maya ini.  Kita saling bertandang ya :)

No comments:

Post a Comment