Assalammualaikum,
Semoga kita semua mendapat manafaat daripada artikel di bawah, In Shaa Allah. Semoga kita terus berusaha untuk menjadi yang lebih baik dan mengikut serta mematuhi syariat yang telah ditetapkan ke atas kita sebagai seorang hamba Allah s.w.t.
----------------0----------------
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Abu Said
Al-Khudri, Rasulullah S.A.W bersabda, “Seorang lelaki tidak dibolehkan melihat
aurat lelaki lain dan wanita melihat aurat wanita. Dan tidak boleh seorang
lelaki tidur dalam satu selimut dengan lelaki lain begitu juga dengan wanita”.
Imam Nawawi mengatakan ia merupakan larangan haram hukumnya
apabila di antara keduanya tiada pemisah. Ia menunjukkan larangan penyentuhan
aurat antara bahagian tubuh baik lelaki mahupun wanita. Hal itu telah menjadi
kesepakatan para ulamak. Banyak orang menganggap ia suatu perkara remeh di mana
ramai orang yang mandi dalam satu bilik mandi. Kerana itu, hendaknya setiap
orang menjaga pandangan, tangan dan anggota tubuh dari aurat orang lain, serta
memelihara auratnya jangan sampai dilihat dan disentuh orang lain. Dan apabila
melihat orang yang mengabaikan hal itu, maka hendaklah mereka menjauhi dan
memperingaatkannya.
Larangan ini juga merangkumi tidur seorang wanita dengan
wanita lain dalam satu tempat tidur tanpa berpakaian sehingga mengakibatkan
aurat kedaunya tersentuh atau terlihat. Ia termasuk dalam perbuatan haram dan
merupakan langkah awal kepada perkara maksiat.
Batasan aurat yang harus ditutupi oleh wanita Islam bagi
wanita Islam lain adalah dari pusat hingga ke lutut. Manakala dengan wanita
bukan Islam pula sama seperti aurat wanita dengan lelaki yang bukan mahram.
Tetapi banyak wanita yang menganggap perkara ini remeh atau
tidak mengambil tahu langsung. Banyak terjadi seorang wanita Islam dengan tidak
malu membuka auratnya dihadapan teman baiknya kerana menganggap mereka
bersamaan jantina. Bukan mustahil juga ada dikalangan mereka yang membantu
rakannya mencukur bulu kakinya bahkan bulu kemaluannya.
Semua itu merupakan perbuatan yang jelas dilarang syariat.
Wanita mengangkat darjat wanita di tempat yang tinggi. Bukan sekadar di hadapan
lelaki bahkan di kalangan kaum sejenis mereka juga mempunyai adab-adab yang
perlu diikuti.
Source: al-Muslimah, BIL 228, SAFAR – RABIUL AWAL 1432 / Pic
: Credit to Desert-Winds
zaman2 sekolah dulu ader la buat keje budak2 ppuan mandi ramai2 dalam 1 toilet... hehehe... ermm dah besar2 tak der lah daaa... :D good sharing... tq
ReplyDeleteAcik, hehehe aku dulo dulo pun sama kekekekek. Bab aurat dengan wanita bukan islam tuh yang aku rasa terkesan.....In shaa Allah aku berusaha memperbetulkan.
ReplyDelete