Assalammualaikum W.B.T,
I ada satu artikel pasal bersedekah. Dah lama dah i dapat artikel nih. I nak kongsi kat sini hari nih. My dad selalu cakap, bersedekahlah walaupun sedikit. Tapi kalau tak mau sedekah, tutup mulut jangan komplen cakap itu ini.
Sekarang nih kan ramai cacat penglihatan datang ke restoran menjual tisu. Mereka ini selalunya akan dibawa oleh orang lain, memimpin tangan dari satu meja ke satu meja. To me that is not meminta sedekah. Itu usaha namanya walaupun hanya menjual tisu. Kebanyakannya pengunjung restoran memberi wang tanpa mengambil tisu. Alhamdulillah.
Beralih pulak yang pada yang cacat kakitangan dan kebanyakannya meminta sedekah di pasar malam. Ada juga yang 'bogus' mcm yang pernah Mazidul Akmal dedahkan di blog beliau dulu. Pengemis ini tidak cacat tapi berlakon cacat. Ramai yang dah tertipu.
Bagaimana pulak dengan adik-2 yang dikerah menjual barang? Ini satu lagi perkara yang menghiris hati i. Setiap kali i pergi makan di satu restoran nih, adik yang sama jugak akan datang ke situ. Adik nih cakap dia dan rakan-rakan dari Kedah datang dan tinggal sebulan di PD...hmmmm! entahlah. Kesian i tengok. Kalau dah datang mintak derma setiap hari siang & malam, bila masanya belajar di sekolah dik? Tak apalah, selagi mampu I bagi, tak mau komen. Selebihnya tuh urusan cikgu sekolah tuh dengan Allah. Tangan yang memberi itu lebih baik dari yang menerima...Insyallah.
Memang tak suka dengar orang ngomel bla bla bla bila tak mau sedekah. Kalau tak mau tutup mulut, diam jer. Eh! Panjang pulak i dok bebel. Jom layan artikel tuh :)
Selamat membaca dan semoga kita mendapat manfaat.
Hadiah Allah ke atas mukmin ialah dengan mendatangkan
peminta sedekah di depan pintu rumahnya. Setiap peminta (sedekah) mempunyai
haknya, sekalipun dia datang dengan menunggang kuda. Maka banyakkanlah
bersedekah kerana sedekah menyejukkan Alam Barzakh yang panas. Sedekah juga
menutup pintu keburukan dan sedekah tidak akan mengurangkan harta sebaliknya ia
menambahkan harta.
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Hadiah Allah ke atas mukmin
ialah peminta sedekah di depan pintu rumahnya” (Riwayat Khatib)
Peminta sedekah yang datang ke rumah mukmin (orang-orang
Islam yang baik) ialah pemberian daripada Allah kerana mereka tidak perlu
bersusah payah untuk keluar mencari dan memberi sedekah. Maka janganlah
lepaskan peluang ini untuk mendapatkan rahmat Allah. Berilah sedekah mengikut
keikhlasan hati kita. Tanyallah hati sebanyak mana yang kita ikhlas untuk
bersedekah.
Semasa bersedekah, berkemungkinan kita akan tertipu. Penipuan yang
dilakukan itu adalah di antara peminta sedekah dengan Allah, dan “dia punya
pasallah”. Kita yang memberi adalah kerana Allah semata-mata.
Dalam hadis juga ada disebut : “Jika peminta sedekah itu
datang dengan menaiki tunggangan; terpulang kepada kamu, kalau hendak beri maka
berilah dan jika tidak, jangan berkata apa-apa”.
Setiap peminta (sedekah) mempunyai haknya, sekalipun dia
datang dengan menunggang kuda (Hadis daripada ‘Ali bin Abi Talib r.a.,
dikeluarkan oleh Malik, Ahmad, Abu Daud, Ibn Khuzaimah, al-Baihaqi, Abu Ya’la
dan al-Thabarani,) Jika peminta sedekah datang dengan menaiki motor atau kereta,
kemudian meletakkan (parking) kenderaanya di tempat yang jauh, maka
terpulanglah kepada kita samada hendak memberi sedekah atau tidak. Jika tidak
mahu beri sedekah, berdiam sahajalah dan janganlah pula mengata-ngata orang
itu. Mungkin juga dia kehabisan wang untuk mengisi minyak motor atau keretanya.
Banyakkan Bersedekah
" …..dan banyakkan
bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki
yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu
dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.” (Hadis riwayat Ibnu Majah).
Sedekah Menyejukkan
Dalam hadith lain
disebut, “banyakkanlah sedekah kerana ia menyejukkan kamu di Alam Barzakh”.
Salah satu diantara 7 manusia yang dilindungi panas di hari Kiamat ialah “Orang
yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa
yang diberi (disedekahkah) oleh tangan kanannya”.
Sedekah Menutup Pintu Keburukan
Rasulullah s.a.w.
bersabda “Sedekah akan menutup tujuh puluh pintu keburukan“ (HR.Thabrani).
Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w bersabda, “Sedekah dapat menolak 70
macam bencana, yang paling ringan diantara bencana itu adalah penyakit kusta
dan sopak“ (HR.Thabrani).
Tidak Berkurang Harta
Tetapi Bertambah
Sesungguhnya tidaklah
dengan sedekah itu mengurangkan harta sebagaimana sabda baginda “Tidaklah
berkurang harta itu dengan sedekah”(Hadis riwayat Tirmidzi). Sebaliknya Allah
akan mengganti setiap yang disedekahkan atau yang dikeluarkan zakat. Saba [39] :
Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang
dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya, dan menyempitkan baginya; dan apa
sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah jua
sebaik-baik Pemberi rezeki.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud :” Tidak
akan binasa harta yang dilaut ataupun di darat melainkan dengan menahan (tidak
mengeluarkan) zakatnya.”
Orang Yang Berjaya Suka Bersedekah
"…sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada
dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya".
(Al-Hashr:9)
Namun Berpada-padalah Dalam Memberi
Furqan [67] : Dan
juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan
hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan (sebaliknya)
perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan
bakhil) itu.
Nota: Pic dari Google
Suka entry ni :-)
ReplyDeleteEynda, Thanks sbb menjengah blog i nih :)
DeleteSekadar berkongsi dgn kengkawan
sedekah kat adik perempuan boongsu pon afdhal :)
ReplyDelete